Gambar bogel
Andrews tersebar
|
GAMBAR yang menunjukkan Andrews berada dalam keadaan bogel.
|
|
ANDREWS pernah dilabel sebagai pembaca sukan paling seksi di Amerika Syarikat.
|
OMAHA - Pembaca berita terkenal di rangkaian sukan
ESPN, Erin Andrews menjadi mangsa seorang pengintai yang merakam aksi bogelnya di bilik sebuah hotel, lapor sebuah akhbar semalam.
Susulan kejadian yang memalukan itu, Andrews mahu pihak berkuasa
memburu dan menangkap mereka yang terbabit membuat rakaman tersebut
bagi mengelakkan wanita lain daripada terus menjadi mangsa.
Peguam Andrews, Marshall B. Grossman mengesahkan pada Ahad lepas bahawa rakaman itu dilakukan tanpa disedari oleh Andrews.
"Walaupun mereka yang terbabit dengan jenayah itu belum dikenal
pasti tetapi sebaik sahaja identiti mereka dibongkar, anak guam saya
akan memfail dakwaan sivil dan jenayah terhadap mereka dan terhadap
sesiapa sahaja yang menyiarkan klip video tersebut," kata Grossman.
Terdapat spekulasi video itu dirakam ketika Andrews membuat liputan
acara sukan di sini, Amerika Syarikat (AS) tetapi polis tempatan
menyatakan tiada aduan mengenainya dibuat setakat ini.
Dalam video itu, Andrews dilihat sedang menyikat rambut sebelum memakai mekap dalam keadaan bogel.
Laman sukan dan gosip Deadspin melaporkan klip video itu disiar di sebuah laman web.
Andrews pernah dilabel oleh sebuah majalah lucah sebagai pembaca berita sukan paling seksi di AS. - Agensi