Kemboja halang anjur Ratu Jerangkap SamarSEORANG peserta pertandingan Ratu Jerangkap Samar, So Yeu dirakam di Siem Reap, Kemboja baru-baru ini.
PHNOM PENH - Kerajaan Kemboja tidak akan membenarkan pertandingan Ratu Cantik Jerangkap Samar diadakan di sini pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Hal Ehwal Kemasyarakatan
memberitahu, kerajaan menyifatkan acara itu sebagai satu penghinaan
kepada golongan kurang upaya.
"Pertandingan itu mengejek mangsa-mangsa jerangkap samar di Kemboja
dan kerajaan langsung tidak menyokongnya," kata kenyataan kementerian
tersebut.
Terdahulu, pihak penganjur dalam laman webnya menyatakan acara itu
diadakan bagi membangkitkan semangat para peserta dan orang kurang
upaya lain di samping meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya
jerangkap samar.
Pemenang pertandingan itu akan menerima hadiah kaki palsu.
Laman web itu memaparkan gambar 20 peserta berusia di antara 18 dan
48 tahun yang memakai gaun tetapi turut menunjukkan kecacatan
masing-masing akibat terkena jerangkap samar.
Kecewa dengan keputusan kerajaan itu penganjur acara tersebut,
Morten Traavik menyatakan ia akan tetap diadakan menerusi pengundian di
Internet manakala pemenangnya akan diumumkan pada 31 Disember depan.
Beratus-ratus penduduk Kemboja mati setiap tahun akibat enam juta
jerangkap samar dan lain-lain jenis letupan yang masih tertanam di
Kemboja. - AP
Kalau nak sokong gi laman web ni........http://miss-landmine.org/cambodia/index.php/candidates.html