TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd.
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» tanda tanda awal jatuh cinta
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeSun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeWed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

» skill terpendam..baru la ader yg sudi snap pic haku,,
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeWed Feb 08, 2012 5:19 pm by michiru

» Ilusi Optik..Lipatan Gambar
Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeFri Jan 27, 2012 12:35 am by apai_chey

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
Yasmin, satu dalam sejuta I_vote_lcap9%Yasmin, satu dalam sejuta I_vote_rcap
 9% [ 5 ]
Biasa
Yasmin, satu dalam sejuta I_vote_lcap14%Yasmin, satu dalam sejuta I_vote_rcap
 14% [ 8 ]
Menarik
Yasmin, satu dalam sejuta I_vote_lcap78%Yasmin, satu dalam sejuta I_vote_rcap
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

 

 Yasmin, satu dalam sejuta

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager
Spawn


Male
Posts : 3836
Age : 39
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

Yasmin, satu dalam sejuta Empty
PostSubject: Yasmin, satu dalam sejuta   Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeMon Jul 27, 2009 11:11 am

Yasmin, satu dalam sejuta

Oleh FERIDE HIKMET ATAK dan FAIZAL SAHARUNI
hiburan@kosmo.com.my

Kali pertama tiba di masjid dan selepas itu ke tapak
perkuburan, hati rakan-rakan Yasmin Ahmad seakan-akan teringat
babak-babak penyatuan kaum dalam filem-filemnya.

Yasmin, satu dalam sejuta Ru_01.1




Yasmin, satu dalam sejuta Ru_01.2
YASMIN bersama ibunya, Enom Yon.


Yasmin, satu dalam sejuta Ru_01.3
ALLAHYARHAM Yasmin bersama suaminya, Abdullah Tan Yew Leong.


Yasmin, satu dalam sejuta Ru_01.4
PAKAIAN tradisional menjadi pilihan Yasmin sekali gus menyerlahkan peribadinya yang sopan.


MASIH jelas terbayang dalam ingatan ramai orang di Malaysia
pada sosok bernama Yasmin Ahmad. Siapa sahaja yang tidak teringat
dengan pesonanya yang dilihat sering menyarung baju kebaya putih dan
dipadankan dengan kain batik, berselipar serta menjinjit tas tangan
sambil berjalan penuh santun.
Kesederhanaan pengarah filem prolifik itu yang menyuntik elemen
masyarakat majmuk tanpa menunjukkan sebarang kemewahan duniawi dalam
karya garapannya sebelum ini membuatkan dia lekas meraih perhatian
khalayak pelbagai kaum.
Itu pandangan kami sebagai pemerhati di gelanggang seni. Kualitinya
sebagai anak pula, dia adalah insan yang paling disayangi oleh keluarga.
Saat Allahyarham Yasmin, 51, dikebumikan, deraian air mata pantas
gugur dan bergenang dalam kelopak mata setiap ahli keluarganya. Mereka
seolah-olah tidak mampu berdepan dengan hakikat anak yang selama ini
ditatang bagai minyak yang penuh berada di dalam liang lahad.
"Dia merupakan satu dalam sejuta. Sepanjang hidupnya, dia tidak
pernah meninggikan suara kepada sesiapa pun termasuklah saya mahupun
ayahnya.
"Arwah Yasmin merupakan seorang yang mendengar kata dan
seboleh-bolehnya, dia cuba merendahkan suaranya agar kami tidak
terasa," kata ibu Yasmin, Enom Yon, ringkas dalam nada sebak.
Sempat mengumpulkan kekuatan sebelum berbicara lanjut tentang
Yasmin, Enom dalam nada tersekat-sekat memohon orang ramai yang hadir
pada majlis pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan SS22, Subang Jaya,
Selangor supaya memaafkan segala kesilapan yang dilakukan Yasmin sama
ada sengaja ataupun tidak sengajakan.
"Saya minta agar semua orang di sini sedekahkan Al-Fatihah kepada
arwah. Ampunkan kesalahannya, jika ada yang terasa atau berkecil hati
dengannya," ujarnya sayu.
Mungkin masih belum dapat menerima hakikat bahawa anaknya telah
pergi, Enom pengsan selama beberapa minit ketika talkin dibacakan.
Suami Allahyarham, Abdullah Tan Yew Leong, juga tidak dapat menahan
air mata daripada mengalir tanpa henti saat jenazah dimasukkan ke liang
lahad. Malah Abdullah juga seperti mahu rebah pada waktu itu.
Sepanjang upacara pengebumian Allahyarham Yasmin, keluarga pengarah
itu enggan ditemu ramah dan tidak membenarkan gambar jenazah dirakam.
Keengganan berjumpa dengan pihak media mungkin satu luahan perasaan
sedih bahawa mereka masih belum lagi menerima kenyataan pemergian
Allahyarham Yasmin yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun
kelahirannya pada 1 Julai lalu.
Malah, adik-beradik pelakon Sharifah Amani yang menganggap pengarah
itu sebagai ibu mereka juga tidak henti-henti menangis di samping ibu
kandung mereka, Fatimah Abu Bakar. Mereka tidak sanggup untuk
berkata-kata pada upacara tersebut.
Kosmo! sempat menemuramah sedikit saudara terdekat Allahyarham,
Sharifah Kayat, 61. Dia memberitahu: "Hati Yasmin sungguh murni dan
ikhlas. Saya percaya ramai yang selesa dengannya kerana dia juga banyak
membantu orang."
Allahyarham Yasmin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital
Pakar Damansara, Petaling Jaya pada pukul 11.25 malam kelmarin selepas
menjalani pembedahan pada Khamis lalu setelah diserang strok dan
mengalami pendarahan otak.
Muhibah Yasmin
Umum mengetahui Yasmin dianggap sebagai orang baru yang melangkah
kaki ke dunia pengarahan filem. Namun soal baru ataupun lama bukanlah
agenda penting yang ingin dibahaskan dalam coretan istimewa ini.
Penangan Yasmin sebagai sutradara dilihat cukup 'berkuasa' kepada
penggiat seni lain dan khalayak. Masakan tidak, semua orang berbahas
tentang keberanian Yasmin yang bersikap telus tatkala menceritakan
tentang masyarakat majmuk di Malaysia.
Biasanya, dalam sesebuah filem tempatan, kita boleh melihat hampir
90 peratus pelakonnya adalah Melayu. Namun cuba anda perhatikan
filem-filem garapan Yasmin yang indah dengan barisan para pelakon
berbagai bangsa, kaum dan budaya. Ia mencerminkan sikap dan prinsip
seorang Yasmin yang tidak punya sebarang perasaan skeptikal terhadap
orang lain.
Sebut sahaja filem-filem arahannya bermula dengan Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime
(2009), masing- masing ada warna dan corak tersendiri yang membuatkan
penonton bukan Melayu juga dapat duduk sama dalam panggung wayang bagi
menerokai karya nukilan Yasmin.
Sama halnya juga dengan sikap Yasmin di luar. Sarat dengan sikap
muhibah membuatkan beliau mudah didekati oleh orang sekeliling. Siapa
sahaja yang tidak tertawan dengan keramahan dan lidahnya yang sentiasa
bercakap tentang perkara yang baik-baik belaka.
Lantaran itu, tidak hairanlah apabila situasi yang sama dapat
dilihat dalam upacara pengebumian Yasmin. Kali pertama tiba di masjid
dan selepas itu, ke tapak perkuburan, hati orang ramai seakan-akan
teringat babak-babak penyatuan semua kaum dalam filem Yasmin.
Pengarah yang tiada pengganti
Ucapara pengebumian Yasmin dihadiri oleh pelbagai bangsa yang turut
berduka dengan kehilangan seorang teman yang selama ini ketawa dan
menangis bersama. Tidak pernah meletakkan sebarang batasan dirinya
sebagai orang popular, Yasmin bijak menyesuaikan diri dengan sesiapa
sahaja waima kali pertama bertentangan mata.
Kerana itu, pengumpulan pelbagai bangsa pada upacara pengebumian
Allahyarham Yasmin menunjukkan beliau diberi penghargaan bagaikan
seorang pemimpin negara.
Melihatkan profil karya filemnya yang baru bermula pada tahun 2003,
penangan nama Yasmin Ahmad begitu kuat dan kerap disebut-sebut oleh
masyarakat luar serta penggiat seni lain tidak kira dari segi positif
atau negatif.
Kontroversi yang diterima Allahyarham Yasmin di arena perfileman
tanah air adalah ekoran keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas
isu-isu kemasyarakatan.
Selain nilai-nilai muhibah dan kemasyarakatan yang diterap ke dalam
filem, penyampaian cerita yang dihasilkan juga begitu artistik dan
kreatif. Setakat ini, belum lagi ada pengganti yang begitu kreatif
sepertinya.
Sungguhpun dikritik hebat, beberapa filem beliau telah diangkat ke
peringkat antarabangsa dengan pelbagai anugerah yang antaranya adalah
Anugerah Filem Asia di Festival Filem Antarabangsa Tokyo 2005, Anugerah
Grand Prix di Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil 2005 dan
Anugerah Filem Asia Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Cinemanila
2007.
Yasmin, satu dalam sejuta Ru_01.5
YASMIN (di tengah) akrab bersama para pelakon filem Talentime.



Kenyataan adiknya, Muzaffar Ahmad, 38, pada Jumaat lalu begitu
menusuk hati. Kata Muzaffar: "Bukan masa Yasmin tinggalkan kita."
Kata-kata itu memang ada kebenarannya. Tiada sesiapa yang mahu Yasmin
meninggalkan kita dan keluarga untuk selama-lamanya.
Namun itu semua kuasa Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Barangkali Yang Maha Kuasa amat menyayangi Yasmin lantas nyawanya
diambil dalam waktu awal tatkala masyarakat Malaysia masih dahagakan
karya beliau.
Biar apa jua yang berlaku, hasil peninggalan Yasmin iaitu
filem-filem yang digarapnya sebelum ini tetap akan diingati oleh
pemujanya sehingga bila-bila. Hakikat itu memang tidak mampu dinafikan
lagi.
Walaupun beliau sudah tiada di muka bumi ini lagi, paling pasti rakyat
Malaysia tetap akan merindui beliau. Tiada kata lain yang dapat
dizahirkan melainkan ucapan semoga Yasmin ditempatkan dalam kalangan
orang-orang yang beriman dan rohnya bersemadi dengan aman di alam
seterusnya. Selamat tinggal Yasmin!
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Yasmin, satu dalam sejuta Empty
PostSubject: Re: Yasmin, satu dalam sejuta   Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeTue Jul 28, 2009 1:25 am

tak ada lagi lah iklan2 hari raya petronas
Back to top Go down
amiza81
Senior Staff
Senior Staff
amiza81


Female
Posts : 61
Age : 42
Location : perlis
Status : tengah mengilai
Joined : 2009-08-14

Yasmin, satu dalam sejuta Empty
PostSubject: Re: Yasmin, satu dalam sejuta   Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeMon Aug 17, 2009 5:20 pm

qaidah wrote:
tak ada lagi lah iklan2 hari raya petronas

iklan2 dia best kan?? saya tengok cnfrm nangis. huhu. alfatihah..
Back to top Go down
atada
Executive
Executive
atada


Male
Posts : 388
Age : 45
Location : Car Junk Town
Status : Ntah!!!
Joined : 2009-07-09

Yasmin, satu dalam sejuta Empty
PostSubject: Re: Yasmin, satu dalam sejuta   Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeMon Aug 17, 2009 6:19 pm

iklan DiGi tu nangis jugak
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Yasmin, satu dalam sejuta Empty
PostSubject: Re: Yasmin, satu dalam sejuta   Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeMon Aug 17, 2009 11:14 pm

semoga dia tenang disana..
Back to top Go down
mfarishlando
Marketing Exec.
Marketing Exec.
mfarishlando


Male
Posts : 5334
Age : 45
Location : malacca
Status : married
Joined : 2009-08-01

Yasmin, satu dalam sejuta Empty
PostSubject: Re: Yasmin, satu dalam sejuta   Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitimeSun Aug 23, 2009 3:25 pm

Amin...
Back to top Go down
Sponsored content





Yasmin, satu dalam sejuta Empty
PostSubject: Re: Yasmin, satu dalam sejuta   Yasmin, satu dalam sejuta I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Yasmin, satu dalam sejuta
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Yasmin Hani & siapa ni?
» Yasmin Ahmad: Gambar semasa masih seorang lelaki
» Satu kajian
» Ibu hamil terperangkap satu jam
» motor tayar satu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Personaliti-
Jump to: