TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd.
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» tanda tanda awal jatuh cinta
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeSun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeWed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

» skill terpendam..baru la ader yg sudi snap pic haku,,
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeWed Feb 08, 2012 5:19 pm by michiru

» Ilusi Optik..Lipatan Gambar
Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeFri Jan 27, 2012 12:35 am by apai_chey

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
Cat perlu ubah sikap I_vote_lcap9%Cat perlu ubah sikap I_vote_rcap
 9% [ 5 ]
Biasa
Cat perlu ubah sikap I_vote_lcap14%Cat perlu ubah sikap I_vote_rcap
 14% [ 8 ]
Menarik
Cat perlu ubah sikap I_vote_lcap78%Cat perlu ubah sikap I_vote_rcap
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

 

 Cat perlu ubah sikap

Go down 
+7
atada
michiru
Teddy89
mfarishlando
zam
qaidah
Spawn
11 posters
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager
Spawn


Male
Posts : 3836
Age : 39
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeFri Jul 24, 2009 8:43 pm

Cat perlu ubah sikap

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

Cat perlu ubah sikap Hi_01.1
SELEPAS berdiam diri, Hana, Alyah
dan Ellie kini muncul meluahkan apa yang dipendamkan mereka selama ini
tentang krisis dalaman The Fabulous Cats.



KEAHLIAN The Fabulous Cats (TFC) yang bersilih ganti bagaikan suatu
perkara yang normal dalam kumpulan ini. Bermula dengan Ellie yang
menjadi anggota pertama meninggalkan TFC pada 2007, tempat itu kemudian
digantikan oleh Alyah. Tidak lama selepas itu, Alyah digantikan pula
dengan seorang bakat baru dari Indonesia bernama Ochi.
Sama seperti bekas ahli wanita TFC sebelumnya, Ochi turut menarik
diri dan kekosongan penyanyi wanita diambil alih oleh Farhana (Hana).
Selepas setahun lebih menjadi 'bunga' dalam TFC yang turut
dianggotai oleh Cat Farish, Adeep dan DJ Sumo, Hana mendapat teman baru
dari negara seberang iaitu Wangi Julianda.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu DJ Sumo turut mengundur diri daripada kumpulan itu.
Lebih mengejutkan Hana yang dikatakan paling lama bertahan bersama
TFC pula 'angkat kaki' daripada kumpulan itu dan digantikan buat
sementara waktu oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Zizie.
Seperti biasa, sepanjang pertukaran ahlinya, selaku ketua kumpulan
TFC yang juga bekas ahli kumpulan Ruffedge suatu ketika dahulu, Cat,
memberi kenyataan bahawa ahli yang meninggalkan kumpulan itu tidak
dapat memberikan komitmen sepenuhnya bersama TFC kerana mempunyai
tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan.
Namun, setelah DJ Sumo juga meninggalkan TFC, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam kumpulan itu.
Lalu, tiga gadis yang pernah menempa nama melalui TFC yang boleh
dikatakan serpihan daripada kumpulan itu iaitu Ellie, Alyah dan Hana,
dipertemukan dalam sesi fotografi di studio Utusan baru-baru ini.
Mengejutkan, ketiga-tiga gadis jelita ini akhirnya membuka pekung
TFC yang selama ini berdiam diri mengenai punca pengunduran mereka
dalam kumpulan tersebut.
Cat perlu ubah sikap Hi_01.2
ELLIE mengakui trauma menjadi penyanyi.



Dilihat sebagai picisan
Demi TFC, Hana sebelum ini sanggup berhenti kerja kerana mahu
memberi fokus sepenuhnya terhadap kumpulan itu. Namun menurutnya,
segala titik peluhnya tidak pernah dihargai malah dibiarkan begitu
sahaja saat gadis ini memerlukan sokongan.
"Sebenarnya, sebelum saya mengundur diri, saya telah berbincang
dengan pihak Metadome Sdn. Bhd. (syarikat yang menaungi TFC) dan saya
telah diberi garis panduan untuk memberi kenyataan kepada media
mengenai punca peninggalan saya.
"Saya diminta tidak menceritakan perkara sebenar kerana tidak mahu
mengeruhkan keadaan. Tetapi sebaliknya pula berlaku bila Cat menghentam
saya dengan memburukkan nama saya dalam laman Facebook.
"Lebih memeranjatkan, menerusi laman itu dia berkata, orang yang
telah keluar daripada TFC patut membayar ganti rugi sebanyak RM90,000.
Adakah ini dikatakan profesional bila 'menghentam' bekas ahlinya
sendiri?
"Bila dah jadi macam ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk
memberitahu hal sebenar. Hal ini bukan saya seorang yang terkena,
sebaliknya semua bekas ahli mengalami nasib yang sama," tuturnya
memulakan bicara.
Lebih menyedihkan, dari pandangan mata Cat, dia seperti melihat
wanita dalam TFC sebagai picisan walaupun anggota wanita merupakan aset
yang besar dalam menaikkan sesebuah kumpulan.
Malah, dalam sebuah temu bual bersama media suatu ketika dahulu, Cat
pernah berkata: "Seorang keluar, seorang lagi pula akan masuk." Satu
kenyataan yang boleh dikatakan agak sombong."
Hana bagaimanapun menegaskan, Cat tersilap kerana tanpa wanita,
tidak mungkin TFC mampu menebarkan pengaruh dengan mudah. Mengabaikan
kata-kata Cat yang sedikit mengguris hati gadis berusia 26 tahun ini,
Hana melihat dari sudut positif, mungkin kenyataan Cat itu dibuat tanpa
sedar.
Cat perlu ubah sikap Hi_01.3
PENGORBANAN Hana untuk The Fabulous Cats tidak berbaloi.



Namun, Hana semakin 'muak' dengan TFC apabila kebajikannya semakin terabai.
"Bunyi seperti saya ni seorang Diva bukan? Sebelum saya menyertai
mereka, macam-macam saya dengar tentang keburukan TFC. Tapi saya anggap
ia sekadar bualan kosong orang dan apa yang lepas, saya enggan
mengambil tahu.
"Bayangkan, sepanjang bersama TFC, tidak sampai 10 peratus pulangan
yang saya terima. Padahal, saya juga telah bertungkus-lumus untuk
menaikkan nama TFC dan sentiasa komited dengan mereka.
"Saya terpaksa mengeluarkan modal sendiri dari segi penyediaan
pakaian, kenderaan dan latihan. Saya faham, pada awalnya, TFC tidak
mempunyai kewangan yang kukuh.
"Tapi, semakin menjadi-jadi pula dan buat tak tahu dengan perkara
ini. Mungkin mereka anggap, 'Oh, Hana orang senang'. Perlu diingat,
saya bekerja dengan TFC, saya juga memerlukan gaji.
"Bagi saya, sebagai seorang ketua kumpulan, cara pengurusan kerja
Cat langsung tiada perancangan. Sepatutnya nama besar seperti dia
mempunyai kenalan yang ramai dan TFC pasti mampu bergerak dengan lebih
mudah," dakwanya.
Tanpa pengetahuan Hana, tiba-tiba TFC membuat keputusan untuk
mencari penyanyi wanita baru. Bukan kerana cemburu, cuma Hana
menganggap keputusan itu adalah satu hal yang tidak sepatutnya berlaku
memandangkan TFC mengalami kerugian besar pada tahun lepas kerana
kegagalan membuat promosi jelajah album Hypercosmic.
"Memanglah satu strategi baru, tapi sebenarnya, penambahan ahli
adalah satu pelaburan. Selepas menjalani beberapa uji bakat, tiba-tiba
Cat menunjukkan gambar Wangi untuk dimasukkan sebagai ahli baru.
"Katanya untuk memudahkan promosi TFC di Indonesia. Bulan Mac lalu, Wangi turun ke Kuala Lumpur untuk diperkenalkan kepada umum.
"Apa yang mengejutkan saya, ketika sidang media, Cat membuat
kenyataan yang Wangi akan menjadi ahli baru TFC secara rasmi, yang mana
saya mendapat tahu tentang itu pada masa sidang media dijalankan.
Kenapa membuat keputusan tanpa berbincang dengan ahli kumpulan?
"Saya tidak mencemburui Wangi langsung kerana dia tidak tahu
apa-apa. Cuma saya kecil hati kerana saya tidak diberitahu mengenai
perancangannya.
"Saya jatuh sakit selepas membeli-belah bersama Wangi di Indonesia.
Dua kali saya keluar masuk hospital, seorang pun tidak melawat saya,
padahal saya sudah menghantar SMS kepada mereka.
"Selepas seminggu lebih saya sakit, saya mendapat SMS daripada Cat. Ingatkan tanya khabar, rupa-rupanya dia tanya, 'When can you get back to work?'. Bila dia cakap macam itu, teringat saya kepada Alyah. Saya rasa dia pun pasti mengalami nasib macam saya.
"Selepas sakit, saya cuma tertinggal satu persembahan sahaja, tapi dia kata saya dah mula demand. Kenapa perlu berkata begitu sedangkan sepanjang bersama TFC, saya tak pernah berkira dengan mereka.
"Terus, sejak Wangi ada, saya tidak lagi dipanggil untuk membuat
persembahan. Pernah sekali TFC mendapat tawaran mengadakan persembahan
di Sarawak dan saya sudah bersiap untuk ke sana. Tiba-tiba pengurus TFC
beritahu yang mereka menempah tiga tiket sahaja dan nama saya tidak
termasuk dalam senarai tempahan itu.
"Bila sudah jadi macam itu, saya rasa, cukup sampai di sini sahaja
dan membuat keputusan untuk mengundur diri," jelas Hana yang kini sibuk
dengan perniagaan keluarganya.
Dilucutkan keahlian menerusi SMS
Mengimbas kembali kenangan pahit ketika bersama TFC, Alyah yang kini begitu popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang, begitu memahami luahan perasaan Hana itu.
Cat perlu ubah sikap Hi_01.4
ALYAH mendakwa tidak pernah terima sebarang bayaran sepanjang menjadi ahli kumpulan The Fabulous Cats.



Dakwa Alyah, apa yang menimpa Hana juga berlaku padanya. Selama
setahun bersama TFC, Alyah diminta untuk meninggalkan kumpulan itu
melalui SMS, kerana Alyah dikatakan mempunyai masalah disiplin dan
sering sakit.
"Waktu itu sebulan saya sakit usus. Sama seperti Hana, mereka
langsung tidak bertanya khabar. Mungkin ada benarnya saya mempunyai
masalah disiplin tanpa saya sedar, tapi saya tidak kisah jika ditegur.
"Tapi bila Cat meminta saya mengundur diri, saya akur dan tak mahu
panjangkan cerita. Kalau dia kata dia seorang sahaja berkorban dalam
kumpulan itu, semua orang pun sama, lebih-lebih lagi ahli perempuan,
yang perlu mengeluarkan kos yang banyak.
"Sedikit bayaran pun saya tak terima sepanjang bersama mereka. Tiba-tiba, Ochi pula menyertai TFC tanpa pengetahuan saya.
"Ingatkan bila dah keluar daripada TFC, kuranglah tekanan saya,
tetapi lain pula terjadi. Bila awal-awal menjadi penyanyi solo, memang
agak susah untuk saya mendapat tawaran menyanyi kerana Cat
memburuk-burukkan saya dalam sebuah artikel. Terus, mana-mana
persembahan nyanyian yang perlu saya hadir dibatalkan serta-merta,"
ceritanya lagi.
Alyah yang kini lebih 'murah rezeki' selepas sembilan tahun cuba
mencipta nama berkata, Cat perlu berubah jika mahu mengekalkan TFC.
"Saya rasa, dah tiba masanya untuk dia berubah sikap. Setiap
masalah, perlu dibawa berbincang dan yang penting, jangan mendengar
cakap orang tanpa selidik dulu.
"Sayang, Cat mempunyai kreativiti muzik yang unik. Dia juga seorang
yang baik dan peramah. Jangan sampai ada lagi ahli yang akan keluar.
"Dia perlu menguruskan kumpulannya secara profesional dan yang
penting, kebajikan ahli perlu dijaga. Masa saya keluar dulu, memang
tiada sebarang pergaduhan, cuma terasa kecil hati sahaja," ujar Alyah
yang masih lagi sibuk dengan promosi albumnya.
Dianggap perempuan 'pakai buang'
Ellie yang mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia lakonan drama serta iklan pula kini lebih tenang selepas keluar dari TFC.
Biarpun impian sebenarnya di bidang nyanyian, Ellie tidak sanggup menerima risiko sama seperti ketika bersama TFC dahulu.
Masalah yang kerap berulang dalam kumpulan itu membuatkan dirinya trauma untuk bergelar penyanyi.
Lantas, dia membuat keputusan untuk mencari kerja tetap dan berlakon secara sambilan.
"Bila melihat ada sahaja ahli yang mengundur diri, membuatkan saya
rasa Cat masih lagi belum berubah. Selain hal kewangan, ada perkara
peribadi yang tidak dapat saya ceritakan di sini.
"Apa yang mengecewakan saya, Cat menganggap wanita seperti barang
yang boleh dipakai buang. Bayangkan, saya diberi cuti seminggu untuk
menjaga emak yang sedang sakit. Tapi saya dah pesan, bila ada
persembahan, bagi tahu, saya masih lagi boleh 'turun padang'.
"Tiba-tiba bila saya menonton sebuah program hiburan di televisyen,
mereka memperkenalkan Alyah sebagai ahli baru TFC dan saya tidak tahu
tentang itu. Bukan saya yang minta cuti.
"Album semua sudah siap. Tunggu tawaran persembahan pentas saja.
Tapi bila dengar radio, suara Alyah pula yang keluar. Penat lelah saya
menghasilkan album siang dan malam tidak diendahkan langsung," katanya.
Tambah Ellie, keadaan itu menampakkan yang Cat bukanlah seorang yang profesional dalam pengurusan artis.
Cat kecewa dihentam
SEMENTARA itu, ketua kumpulan TFC Cat Farish ketika ditemu bual
Kosmo! menganggap komen yang diberikan oleh ketiga-tiga bekas anggota
TFC itu sekadar ‘permainan’ mereka sahaja.
Malah, Cat turut memberitahu setiap kumpulan muzik pasti mengalami
masalah yang serupa dengan TFC dan ia bukan sesuatu yang luar biasa.
“Saya selaku ketua dan Adeep sebagai pembantu, perkara ini berlaku
pada mana-mana kumpulan apabila terjadi satu insiden dan akhirnya
mereka keluar.
“Kenapa baru sekarang nak buka cerita? Saya tidak tahu apa yang
mereka cakap tetapi mereka harus tahu kami pencipta lagu dan visi kami
adalah untuk membawa TFC ke aras yang lebih tinggi.
“Kalau nak ceritakan tentang pengorbanan rasanya kami habiskan masa
lebih di studio untuk buat muzik dari duduk di rumah. Mereka sekadar
menyanyi dan komitmen mereka hanya diperlukan bila ada rakaman lagu dan
persembahan,” katanya.
Cat juga mengakui kecewa apabila bekas anggota TFC mengeluarkan
kenyataan seperti ‘menghentamnya’ sedangkan nama mereka dikenali
menerusi TFC.
“Mereka bina platform dengan TFC, sudah tentu saya kecewa apabila
mereka berkata demikian, tetapi TFC tetap boleh hidup walaupun tanpa
kehadiran mereka,” ujar Cat.
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeFri Jul 24, 2009 10:56 pm

apo tah
Back to top Go down
zam
VVIP
VVIP
zam


Posts : 2302
Joined : 2008-06-20

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeSat Jul 25, 2009 11:23 am

ingt kucing mana tadi..
Back to top Go down
https://tgpl.forumotion.com
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeSat Jul 25, 2009 12:34 pm

loteh baco eh....
Back to top Go down
mfarishlando
Marketing Exec.
Marketing Exec.
mfarishlando


Male
Posts : 5334
Age : 44
Location : malacca
Status : married
Joined : 2009-08-01

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeMon Aug 10, 2009 2:15 pm

Tu la da brbakat,kureng pulak...ada yg bagus,bakat plak hancor...jgn msuk dunia seni kalui x tuff
Back to top Go down
Teddy89
Executive
Executive
Teddy89


Female
Posts : 1101
Age : 35
Location : DOWNTOWN CHERAS
Status : belum ada kawan
Joined : 2009-08-14

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeMon Sep 14, 2009 10:04 am

aah letih la
panjang sangat
buat2 faham je la cite2
Back to top Go down
michiru
Secretary
Secretary
michiru


Female
Posts : 1257
Age : 39
Location : kuala lumpur
Status : sedang bagi singa mkn..
Joined : 2009-05-14

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeMon Sep 14, 2009 3:32 pm

masalah dia kat sini bos x bayar gaji huhu.... Cat perlu ubah sikap 563210
Back to top Go down
atada
Executive
Executive
atada


Male
Posts : 388
Age : 45
Location : Car Junk Town
Status : Ntah!!!
Joined : 2009-07-09

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeMon Sep 14, 2009 4:14 pm

kes aper sebenarnya nie... maleh nak baca... panjang sangat Cat perlu ubah sikap 839629
Back to top Go down
aura
VIP
VIP
aura


Male
Posts : 315
Age : 48
Location : TANJUNG
Status : nikah dah
Joined : 2009-03-05

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeMon Sep 14, 2009 5:45 pm

apsal artis asal nk bergambar ja mesti posing kangkang?
Back to top Go down
Teddy89
Executive
Executive
Teddy89


Female
Posts : 1101
Age : 35
Location : DOWNTOWN CHERAS
Status : belum ada kawan
Joined : 2009-08-14

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeMon Sep 14, 2009 5:45 pm

ooo tak byar gaji...saman je la bos 2
Back to top Go down
mfarishlando
Marketing Exec.
Marketing Exec.
mfarishlando


Male
Posts : 5334
Age : 44
Location : malacca
Status : married
Joined : 2009-08-01

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeTue Sep 15, 2009 3:09 pm

aura wrote:
apsal artis asal nk bergambar ja mesti posing kangkang?
Back to top Go down
naza
Executive
Executive
naza


Male
Posts : 1001
Age : 37
Location : cheras
Status : not aza anymore but still sideways
Joined : 2009-08-19

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeTue Sep 15, 2009 4:03 pm

ye ke sume mesti? Cat perlu ubah sikap 839629
Back to top Go down
casablanca60
Assistant Manager
Assistant Manager
casablanca60


Female
Posts : 1044
Age : 38
Location : selangor
Status : -----bini orang nie...------
Joined : 2009-05-26

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeTue Sep 15, 2009 4:36 pm

mfarishlando wrote:
Tu la da brbakat,kureng pulak...ada yg bagus,bakat plak hancor...jgn msuk dunia seni kalui x tuff

btol tue lando....tapi pompuan2 tue pun kalau tak msuk TFC pun bkannya orang kenal dorang.....ada gak la kebaikkan dan keburukkan dorang join TFC....lebih baik join TGPL...
Back to top Go down
mfarishlando
Marketing Exec.
Marketing Exec.
mfarishlando


Male
Posts : 5334
Age : 44
Location : malacca
Status : married
Joined : 2009-08-01

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeWed Sep 23, 2009 7:43 am

casablanca60 wrote:
mfarishlando wrote:
Tu la da brbakat,kureng pulak...ada yg bagus,bakat plak hancor...jgn msuk dunia seni kalui x tuff

btol tue lando....tapi pompuan2 tue pun kalau tak msuk TFC pun bkannya orang kenal dorang.....ada gak la kebaikkan dan keburukkan dorang join TFC....lebih baik join TGPL...
hahaha betul tu casa...nt kita buat group lak...MEMPERSEMBAHKAN,KUMPULAN RAP BARU TANAHAIR,TGPLLLLLLLL
Back to top Go down
mrspedo
Senior Staff
Senior Staff
mrspedo


Male
Posts : 30
Age : 41
Location : kl
Status : single
Joined : 2009-06-22

Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitimeSat Oct 24, 2009 11:26 am

ape la..
sebenarnye nama asal kumpulan tu
The Fabulous Cipans...
haha2..sikit2 nk bpecah...ape laa
Back to top Go down
Sponsored content





Cat perlu ubah sikap Empty
PostSubject: Re: Cat perlu ubah sikap   Cat perlu ubah sikap I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Cat perlu ubah sikap
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nak Ubah Orang, Ubah diri sendiri dahulu
» Sikap berubah kerana kornea
» Kajian Mengenai Bulan Dan Sikap Anda
» Gambar yang perlu anda lihat......
» Bahasa isteri yang perlu difahami suami

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Artis-
Jump to: