Pakaian peserta realiti dikecam
|
ZOE LUCKER menampakkan penampilan seksi.
|
|
PAKAIAN Jo Wood (kiri) dianggap terlalu seksi.
|
LONDON - Penonton-penonton program realiti televisyen
Strictly Come Dancing mengadu pakaian peserta wanita terlalu singkat dan memalukan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun penari yang menari tarian rentak ballroom terkenal kerana
berpakaian seksi, kebanyakan penonton meminta pakaian itu tidak terlalu
seksi kerana ia ditonton oleh kanak-kanak.
Terdapat spekulasi bahawa pakaian singkat itu dipakai peserta kerana bajet pakaian dikurangkan.
Pada minggu lalu, penari profesional, Ola Jordan beraksi di pentas
dengan memakai skirt amat singkat sehingga seorang penonton
menamakannya sebagai sarang labah-labah.
Aktres Laila Rouass dan Zoe Lucker memakai pakaian seperti seorang ahli akrobatik kerana gaunnya yang terlalu singkat.
Seorang lagi peserta, Jo Wood memakai gaun yang mendedahkan sebahagian besar pahanya.
"Mereka (peserta-peserta) sepatutnya memakai pakaian yang anggun
berbanding memilih pakaian untuk golongan dewasa," kata seorang
penonton.
Bagaimanapun, jumlah penonton program itu ialah 8.7 juta untuk
minggu ini yang sekali gus menghampiri bilangan penonton proram realiti
nyanyian
X Factor mencatatkan 8.7 juta penonton.
- Agensi