Saman Chin Peng ditolakMAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang semalam menolak
saman Chin Peng atas alasan PKM bukan organisasi berdaftar. Gambar kecil Hakim Balia.
|
CHIN PENG
|
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos, saman
yang difailkan oleh bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM)
terhadap kerajaan Malaysia.
Hakim Balia Yusof Wahi memutuskan saman itu 'tidak mapan' kerana
permusuhan antara PKM yang telah dibubarkan dengan kerajaan adalah
fakta sejarah dan tidak boleh dinafikan.
Katanya perjanjian menamatkan permusuhan itu ditandatangani antara
kerajaan Malaysia dan PKM pada 1989 itu sendiri telah menunjukkan
wujudnya perjuangan bersenjata antara kerajaan dan kumpulan itu.
Balia juga menerima alasan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh
bahawa saman yang difailkan oleh Chin Peng dan anggota PKM adalah satu
fitnah dan bukan saman kemungkiran kontrak seperti yang didakwa peguam
bela Tommy Thomas kerana asas aduan oleh pengadu ialah reputasi mereka
tercemar.