Kembar labah-labah tumpuan sarkasJAMUNA (kiri) dan Ganga melakukan aksi labah-labah dalam satu pertunjukan sarkas di Kolkata, India baru-baru ini.
SEPASANG kembar siam wanita yang digelar 'Adik Beradik Labah-Labah'
menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di
sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.
Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap
kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat
tangan.
Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah
sarkas untuk menyaksikan aksi mereka 'merayap' seperti seekor serangga
untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.
Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.
Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu
beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi
seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di
Amerika Syarikat.
"Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan," kata Ganga. - Agensi