Remaja AS parah terkena peluruGAMBAR menunjukkan seorang wanita
melihat keadaan Vada yang terbaring selepas terkena tembakan sesat di
sebatang jalan raya di New York pada Isnin lalu. Gambar kecil Vada.
NEW YORK - Seorang remaja perempuan Amerika Syarikat (AS), Vada
Vasquez terkena tembakan sesat di kepala semasa pulang ke rumah di
sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari
sekolah pada Isnin lalu apabila dua kumpulan lelaki bergaduh.
Peluru sesat itu kemudian terkena Vada yang berumur 15 tahun.
Vada yang sedang berbual dengan seorang rakannya tiba-tiba rebah dan
beberapa minit kemudian dia bangun sebelum menyedari darah mengalir
keluar dari kepala.
"Saya meminta dia baring semula dan bertenang manakala rakannya
menjerit tetapi mangsa pula tidak tahu apa yang telah berlaku padanya,"
kata seorang saksi, Jessica Sepulveda.
Mangsa yang baru menyambut hari kelahirannya yang ke-15 tahun bulan
lalu dilaporkan dalam keadaan parah semasa dibawa ke Hospital Lincoln
sebelum dia menjalani pembedahan.
Beberapa rakannya berkata, Vada sebelum ini menyatakan di dalam laman perkongsian
MySpace bahawa dia menerima hadiah sebuah komputer riba untuk hari lahirnya. - Agensi