First topic message reminder :Penghendap rakam gambar sendiri
|
GAMBAR yang disiarkan polis menunjukkan wajah penghendap yang dirakamkan kamera yang diletakkannya dalam sebuah bilik persalinan di pusat beli-belah Asda di Chesire.
|
CHESIRE - Apabila seorang penghendap memasang sebuah kamera
pengintip di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah untuk mengintai
wanita menyalin pakaian, dia secara tidak sengaja telah merakam
gambarnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, diburu polis Chesire
setelah seorang pekerja pusat beli-belah berkenaan menemui kamera
pengintip itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Kejadian itu berlaku di pusat beli-belah Asda di sini pada 19 Disember tahun lalu.
Dua gambar pertama yang dirakam kamera itu turut mengandungi maklumat masa dan tarikh.
Polis Chesire mendedahkan gambar-gambar lelaki itu kepada pihak media tempatan dalam usaha mereka menjejaki suspek. - Agensi