Najwa tak guna nama bapa DISELAK lembaran industri muzik tanah air, saban hari ada saja pucuk baru yang sedang menghijau.
Seakan benih segar yang bermain-main dengan aliran udara dan
simbahan cahaya mentari, sampai waktu yang tepat, ia menjalar naik
menjadi sesuatu yang segar dan menyejukkan.
Najwa Muhyiddin sedang naik dengan pantas. Lantunan suaranya
mencabar banyak minda untuk mencari siapa pemilik nama ringkas
tersebut.
Dia sampai pada waktu yang tepat iaitu ketika umum sedang meneliti dan menghargai bakat baru yang punya identiti tersendiri.
Lebih dekat lagi apabila menyebut tajuk lagu popular milik Maliq
(Too Phat). Dihiasi sentuhan suara enak didengar, Kau Yang Punya seakan
pengenalan serius suara Najwa buat pendengaran ramai.
Kolej Berklee
Agak malu-malu pada pertemuan awal dengan Sensasi Bintang. Belum
terbiasa dan masih mencari alun kata yang sempurna, Najwa galak
bercerita tentang aliran seninya.
"Sejak dahulu saya sudah dibiasakan mendengar lagu-lagu lama. Ayah dan ibu memasang lagu-lagu ini kerana minat mereka.
"Lalu, saya pula pura-pura menyanyi dengan kononnya mikrofon di
tangan," dia memulakan cerita kenapa wujud pengaruh soul dan jazz dalam
langkah seninya.
Menyebut nama-nama hebat seperti Ella Fritzgerald, Jill Scott dan
Erykah Badu sebagai penghembus inspirasi dan nadim telinganya, kita
tahu dia bukan datang dengan bakat dan jiwa yang kosong.
Berakar umbikan nama seperti itu sudah cukup meyakinkan bahawa minat yang mengalir ada pengisian yang benar.
Malah inspirasi lagu dan fesyen yang berjalan seiring menampakkan gadis ini punya originaliti yang tidak dibuat-buat.
Realitinya, dalam aliran pengetahuan Najwa kini terkandung dua subjek yang berbeza.
Untuk jaminan pertama dan kepuasan hati ayah bonda, dia siap
bergelar siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik yang ditimba di
Melbourne, Australia.
|
LAGU Kau Yang Punya mendatangkan tanda tanya sekali gus satu perkenalan serius Najwa kepada khalayak.
|
Dua tahun dia menimba pengalaman di bumi kanggaru itu sebelum kembali ke Malaysia untuk mendalami bidang muzik pula.
Dua tahun juga dia tekun menggali ilmu di Kolej Muzik Antarabangsa
(ICOM), Kuala Lumpur, Najwa bakal terbang ke Kolej Muzik Berklee,
Massachusetts, Amerika Syarikat.
"Kalau tiada aral melintang, bulan September nanti saya akan belajar di sana selama dua tahun.
"Tidak sabar juga untuk ke Berklee," ujarnya yang bakal berkongsi
pentas persembahan dengan Babyface 5 Mac nanti di Plenary Hall, Kuala
Lumpur.
Namun, sebelum itu, dia ada tanggungjawab yang mahu diselesaikan.
Najwa ingin menyemarakkan genre soul dan jazz di Malaysia terlebih
dahulu.
Anak Timbalan PM
Gadis ini mahu mengubah persepsi dan tabu klise. Tidak bersandarkan
nama ibu bapanya, anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan Puan Sri Norainee Abd. Rahman ini mahu menjual vokalnya sendiri.
Dia sedar itulah cara yang paling tepat untuk bakatnya dihargai
secara telus dan bukan kerana dia anak orang kenamaan. Dia ialah duta
kepada namanya sendiri.
Najwa juga bangga dapat berganding suara dengan Maliq untuk lagu Kau
Yang Punya. Persetujuan kolaborasi itu, katanya, dicapai menerusi
mesej-mesej di laman sosial Myspace.
"Saya suka berkolaborasi. Tetapi saya juga tidak mahu gunakan nama orang lain untuk menaikkan nama saya sendiri.
"Malah membina nama sendiri dapat memberi kepuasan," jawabnya
apabila ditanyakan amalan 'featuring' dalam dunia nyanyian terutama hip
hop atau jazz.
Buat masa ini, dalam usaha membina nama 'Najwa' itu sendiri, dia sedang berkira-kira untuk membikin sebuah album mini yang mengandungi lagu-lagu miliknya.
Yours is Practical and Personalised – the new Dell™ Inspiron™14 laptop. |
"Saya sudah menulis beberapa buah lagu sejak usia 16 tahun. Untuk
album, saya sedang merancang untuk memasukkan sekitar tujuh buah lagu
yang saya tulis sendiri.
"Sekarang dalam proses mencari penerbit untuk album saya.
"Harap-harap bulan Mac atau April nanti dapatlah saya keluarkan
album saya," ujarnya yang menulis lagu berdasarkan pengalaman cinta
remajanya selain rakan-rakan terdekat.
Najwa mungkin sudah biasa berdikari dan menimba pengalaman di luar negara.
Tetapi sejauh mana dia bersedia berhadapan tradisi hiburan tanah air
bahawa peminat bukan hanya mahu tahu latar belakang seni tetapi lebih
daripada itu.
|
NAJWA dalam rangka menyiapkan album bagi hidangan halwa telinga pendengar tanah air. Sudah biasa bermain di gig-gig bebas, kini dia bersedia mengharungi dunia hiburan yang lebih komersial.
|
"Saya bersedia. Tetapi fokus saya adalah muzik dan bakat. Saya tahu
dalam hiburan, hal peribadi akan terbawa sama namun penegasan saya
untuk dunia hiburan adalah 'saya di sini kerana muzik'" jelasnya.
Pada akhir pertemuan dengan penyanyi baru berjiwa besar ini, dia
mengingatkan saya kepada penyanyi Liza Aziz - kaya dengan bakat dan
suara