First topic message reminder :Gambar ini juga dikirimkan oleh sahabat gue, ND dari Klang. Tak tau
kenapa dia banyak dapat supply gambar-gambar hantu ni. Nak kata
perangai macam hantu tak jugak. Kata ND;
"Gambar yang diambil
ketika senja (tak reti nak balik umah la tuu) ketika sekumpulan remaja
dilihat sedang bermain2 di pesisir Pantai Kelanang (bertempat di
kawasan banting).Difahamkan bahawa kesemua remaja yang terlibat telah
berjanji takkan keluar rumah pada waktu dinihari takut2 perkara yang
sama berulang. Jadi betullah cakap orang tua2, kalau waktu maghrib
duduk je kat umah pasal setan banyak berkeliaran. Gambar telah diambil
secara tidak sengaja oleh adik member aku sendiri."
Menurut
pemerhatian aku sendiri, mungkin gambar ni imej salah seorang dari
kawan-kawan diaorang yang secara kebetulan menyerupai hantu. Tapi kalau
tengok betul-betul, semua orang pakai tudung dan tetiba hantu tu tak
pakai tudung. Yang brader bertopi tu pulak gayanya macam nak bagi
falcon punch kat makwe baju merah.
Jadi pepehal adik-adik, time senja-senja memang banyak hantu. Tak digalakkan budak-budak hangout lagi time senja.