TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd.
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» tanda tanda awal jatuh cinta
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeSun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeWed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

» skill terpendam..baru la ader yg sudi snap pic haku,,
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeWed Feb 08, 2012 5:19 pm by michiru

» Ilusi Optik..Lipatan Gambar
Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeFri Jan 27, 2012 12:35 am by apai_chey

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
Bekas Ratu Kebaya I_vote_lcap9%Bekas Ratu Kebaya I_vote_rcap
 9% [ 5 ]
Biasa
Bekas Ratu Kebaya I_vote_lcap14%Bekas Ratu Kebaya I_vote_rcap
 14% [ 8 ]
Menarik
Bekas Ratu Kebaya I_vote_lcap78%Bekas Ratu Kebaya I_vote_rcap
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

 

 Bekas Ratu Kebaya

Go down 
+11
apai_chey
zam
terebai
ilhamhainy
cksaira
qaidah
Demetrie
jay
milwallbrick
casablanca60
Spawn
15 posters
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager
Spawn


Male
Posts : 3836
Age : 39
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 11:15 am

Pengsan dituduh perempuan sundal

oleh SITI NUR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my

Ratu Kebaya sebanyak 12 kali, Halimah Shuib, 66, mengaku sembilan lelaki termasuk yang bergelar Tan Sri masuk meminang beliau sejak pertengahan tahun lalu. Bagaimana agaknya beliau menolak godaan lelaki-lelaki pada zaman mudanya?

Bekas Ratu Kebaya Ru_05_10
HALIMAH meniru gaya beliau semasa menjadi Ratu Kebaya dahulu.

Menurut pandangan penulis, pengasas jamu Mak Dara kelahiran Rengit, Batu Pahat, Johor ini masih ‘mengancam’. Dengan tubuh tinggi lampai, sosok ibu beranak enam ini masih ketara.

“Kalau jaga makan, bersenam, cukup tidur dan amalkan petua orang lama, tidak susah hendak kekalkan bentuk badan. Tapi yang lebih penting, badan kekal sihat,” kata Halimah Shuib, pemenang pertandingan Ratu Kebaya sebanyak 12 kali.

Menceritakan detik pertama bergelar Ratu Kebaya, Halimah memberitahu beliau menyertainya ketika berumur 11 tahun.

“Masa itu, saya darjah lima. Pada mulanya saya tak berminat sangat kerana tidak pandai bergaya.

“Tapi bila ada lori masuk ke kampung dan uar-uarkan ada pertandingan Ratu Kebaya untuk kutip derma, keluarga mencadangkan supaya saya mencuba nasib.

“Walaupun baru 11 tahun, tubuh saya besar dan kelihatan lebih dewasa berbanding usia. Kalau tak silap, tinggi saya masa itu sudah lebih 160 sentimeter.

“Seminggu menghampiri hari pertandingan, saya rasa gemuruh. Dah boleh terbayang saya kena berjalan di atas pentas depan ramai orang.

“Untuk pertandingan itu, saya menjahit sendiri baju kebaya. Nak kata pandai menjahit tak juga. Bila tengok fesyen di majalah, saya cuba ikut. Emak pula hadiahkan kasut tumit tinggi dan kain batik jawa,” ceritanya.

Dalam pertandingan yang disertai 23 gadis dari sekitar pekan Rengit itu, Halimah memakai angka giliran 19.

“Lepas seorang, seorang peserta berjalan. Bila tiba giliran saya, orang ramai bersorak menyebabkan saya semakin bersemangat.

“Selepas seminggu, baru keputusan diumumkan dan saya mendapat tempat pertama.

“Hadiah yang saya dapat tidak sebesar pertandingan Ratu Cantik sekarang, lagipun ia dianjurkan untuk mengutip derma,” katanya.

Selepas pertandingan itu, apabila ada pertandingan Ratu Kebaya, Naib Penghulu pekan Rengit pasti mempelawa Halimah untuk bertanding. Kejayaan demi kejayaan menyebabkan beliau dikenali sebagai Ratu Kebaya.

Surat cinta satu almari

Selain beraksi di pentas peragaan, Halimah juga aktif dalam pentas sandiwara dan digelar biduanita kampung ketika itu.

“Saya berlakon pentas dan menyanyi untuk majlis-majlis keramaian yang diadakan di kampung dan sekitar Johor.

“Kenangan yang saya ingat sampai sekarang ialah bila berpeluang menghiburkan peserta rombongan pelakon pentas yang dianggotai P. Ramlee, Sarimah dan beberapa nama besar lain.

“Selesai berlakon, P. Ramlee naik ke pentas dan memberikan hadiah kepada saya. Memang momen itu akan kekal dalam ingatan saya sampai bila-bila,” kenang beliau.

Dengan gelaran Ratu Kebaya dan aktif di pentas keraian, Halimah mengakui beliau diburu ramai lelaki sehinggakan surat-surat cinta mereka tidak mampu dibalas Halimah.

“Selepas nama Halimah Shuib semakin dikenali di negeri Johor, saya dapat banyak surat. Satu almari kayu penuh dengan surat peminat. Setiap minggu, posmen akan bawa tiga ikat surat, hanya untuk saya. Ada yang hendak berkawan, minat dengan lakonan saya dan ramai juga yang ajak berkahwin.

“Ada juga orang kenamaan yang ingin memperisterikan saya, tapi saya pegang kata bapa dan emak, enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Pada usia 13 tahun, Halimah berkahwin buat kali pertama. Selepas mendapat seorang anak, suaminya meninggal dunia.

“Hidup sebagai ibu tunggal pada usia belasan tahun tidak mudah ketika itu. Saya aktif semula dalam pertandingan dan arena pementasan sehingga bertemu jodoh untuk kali kedua.

“Selepas memiliki tiga orang anak, saya melupakan pentas peragaan dan menumpukan perhatian terhadap keluarga.


Bekas Ratu Kebaya Ru_05_11
MENANGIS ditinggalkan suami.

“Namun, saya sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Suami meninggalkan saya dan enam anak yang masih kecil,” luahnya.

Kehidupan Halimah berubah selepas itu. Demi anak-anak, beliau mencuba pelbagai pekerjaan termasuk berniaga nasi campur.

“Saya pernah berniaga nasi campur di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Perniagaan berjalan baik walaupun banyak cabaran yang terpaksa saya dan anak-anak tempuhi.

“Malangnya gerai saya disita penguat kuasa bandar raya. Habis semua kena angkut termasuk barang basah yang baru dibeli dari pasar bernilai RM650.

“Masa itu memang saya terduduk. Sewa rumah tak boleh bayar, kereta kena tarik dan akhirnya kami dihalau dari rumah sewa.

“Dek kerana tiada tempat nak bermalam, kami menumpang tidur di tepi longkang tuan rumah sewa. Makan pun kena cari dalam tong sampah, minum pun air paip saja,” beliau.

Jadi tukang masak di Genting Highlands

Tidak mahu terus hidup melarat, Halimah menghantar anak-anaknya pulang ke Rengit manakala beliau bekerja sebagai tukang masak di Muslim Café di Genting Highlands.

Dua tahun bekerja di sana, Halimah berhenti dan pulang ke kampung.

“Ramai yang dengkikan saya. Masa saya bekerja di Genting, ada yang kata saya menyundal di atas bukit. Sampaikan ada orang kampung yang datang buat rombongan ke Genting, nak tengok apa pekerjaan sebenar saya.

“Apabila balik bercuti di kampung, emak mula cerita cakap-cakap belakang orang kampung terhadap saya. Bila emak kata dia percaya anaknya cari rezeki halal dan bukan perempuan sundal, saya terus lembik dan pengsan.

“Tak sangka, ada yang sampai hati burukkan nama saya sampai macam itu sekali. Memang tidak mudah menjadi ibu tunggal. Ada saja yang tak kena pada mata orang lain,” luah Halimah.

Kini, bertemankan kekuatan daripada anak-anak, beliau mula dikenali terutama selepas jamu Mak Dara yang diasaskannya mendapat tempat di pasaran.

Bagaimana kehidupan bekas Ratu Kebaya ini sekarang selepas berpuluh tahun hidup tanpa lelaki bergelar suami di sisi?

“Saya dah serik dengan perkahwinan. Setahun saya menangis bila ditinggalkan suami.

“Walaupun ramai ingin berkawan rapat, saya lebih selesa jika berkawan biasa.

“Sejak pertengahan tahun lepas sampai sekarang, sudah sembilan orang yang datang meminang, semuanya berpangkat, ada kedudukan, ada yang bergelar Tan Sri dan Datuk, tapi hati saya belum terbuka hendak berpasangan lagi pada usia begini.

“Biarlah saya mengecapi kebahagiaan ini bersama anak dan cucu saya. Saya takut menangis lagi,” ujar Halimah yang mempunyai 19 orang cucu.
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
casablanca60
Assistant Manager
Assistant Manager
casablanca60


Female
Posts : 1044
Age : 38
Location : selangor
Status : -----bini orang nie...------
Joined : 2009-05-26

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 11:22 am

wwwoooo....sedihnya cerita dia....kesian la.... Crying or Very sad Crying or Very sad
Back to top Go down
milwallbrick
Manager
Manager
milwallbrick


Male
Posts : 1858
Age : 54
Location : pasir bedengung
Status : tanyer bini haku..
Joined : 2009-05-29

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 11:34 am

sedih ke...??biaser jek..
Back to top Go down
jay
Chairman
Chairman
jay


Male
Posts : 242
Age : 44
Location : Dekat dihati
Status : ramai dah tau...
Joined : 2008-08-04

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 11:37 am

ambillah iktibar dari kisah nie...

tiada jalan mudah untuk berjaya dan selalu nyer tekanan hidup menjadikan seseorang itu lebih tabah....
Back to top Go down
milwallbrick
Manager
Manager
milwallbrick


Male
Posts : 1858
Age : 54
Location : pasir bedengung
Status : tanyer bini haku..
Joined : 2009-05-29

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 11:42 am

yer ar...
Back to top Go down
Demetrie
Manager
Manager
Demetrie


Male
Posts : 1311
Age : 39
Location : KL
Status : "Penembak Tepat"
Joined : 2009-01-31

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 11:49 am

oo dia ni la ek pengasas kopi mak janda?
Back to top Go down
casablanca60
Assistant Manager
Assistant Manager
casablanca60


Female
Posts : 1044
Age : 38
Location : selangor
Status : -----bini orang nie...------
Joined : 2009-05-26

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 12:05 pm

jay wrote:
ambillah iktibar dari kisah nie...

tiada jalan mudah untuk berjaya dan selalu nyer tekanan hidup menjadikan seseorang itu lebih tabah....

aku ingatjan...ambil iktibar supaya jangan jadi ratu kebaya...ehhehekk...
Back to top Go down
milwallbrick
Manager
Manager
milwallbrick


Male
Posts : 1858
Age : 54
Location : pasir bedengung
Status : tanyer bini haku..
Joined : 2009-05-29

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 12:27 pm

jadi ratu pown boleh..
Back to top Go down
jay
Chairman
Chairman
jay


Male
Posts : 242
Age : 44
Location : Dekat dihati
Status : ramai dah tau...
Joined : 2008-08-04

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 1:20 pm

casa ko jadi ratu burger pun ok gak.... hehehe
Back to top Go down
milwallbrick
Manager
Manager
milwallbrick


Male
Posts : 1858
Age : 54
Location : pasir bedengung
Status : tanyer bini haku..
Joined : 2009-05-29

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 1:38 pm

aik...ratu bege pown ade...
Back to top Go down
casablanca60
Assistant Manager
Assistant Manager
casablanca60


Female
Posts : 1044
Age : 38
Location : selangor
Status : -----bini orang nie...------
Joined : 2009-05-26

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 4:59 pm

hehehe....kalau aku jadi ratu burger ...kene lah tambah lapisan kat perut...nampak cam burger skit....hehhe....ada ke org nak ambik aku jadi ratu burger??? Crying or Very sad Crying or Very sad
Back to top Go down
jay
Chairman
Chairman
jay


Male
Posts : 242
Age : 44
Location : Dekat dihati
Status : ramai dah tau...
Joined : 2008-08-04

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 5:44 pm

itu kena tanya taukey burger la....

siapa taukey burger silap jawabbbb.....
Back to top Go down
milwallbrick
Manager
Manager
milwallbrick


Male
Posts : 1858
Age : 54
Location : pasir bedengung
Status : tanyer bini haku..
Joined : 2009-05-29

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 6:34 pm

hmm...cantik gak tue...ok mlm ni dtg interbiew...
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeTue Jun 23, 2009 11:08 pm

tak larat nak baco panjang bonar
Back to top Go down
milwallbrick
Manager
Manager
milwallbrick


Male
Posts : 1858
Age : 54
Location : pasir bedengung
Status : tanyer bini haku..
Joined : 2009-05-29

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeWed Jun 24, 2009 10:17 am

baco la...polan2...
Back to top Go down
jay
Chairman
Chairman
jay


Male
Posts : 242
Age : 44
Location : Dekat dihati
Status : ramai dah tau...
Joined : 2008-08-04

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeWed Jun 24, 2009 10:23 am

qaidah wrote:
tak larat nak baco panjang bonar

jangan poningkan kepalo baco jer yg pendek...

"Klu kail panjang sejongkal.... jangan cubo memancing atas kelong....." hehehehe
Back to top Go down
milwallbrick
Manager
Manager
milwallbrick


Male
Posts : 1858
Age : 54
Location : pasir bedengung
Status : tanyer bini haku..
Joined : 2009-05-29

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeWed Jun 24, 2009 10:24 am

wakakka....kelong xpo...
Back to top Go down
cksaira
Executive
Executive
cksaira


Female
Posts : 868
Age : 39
Location : bahaw, klang gate
Status : mOmmy-to-be =)
Joined : 2009-02-18

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeWed Jun 24, 2009 2:40 pm

mr^cool wrote:
sedih ke...??biaser jek..

biase jek? xde prasaan nye cool..Bekas Ratu Kebaya Huh_11 huh!
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
ilhamhainy
Manager
Manager
ilhamhainy


Female
Posts : 1341
Age : 48
Location : JBI
Status : married
Joined : 2009-02-11

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeWed Jun 24, 2009 3:07 pm

halaaa..alalalalal...makcik ni...mmmmhh...goreng pon sodap
Back to top Go down
terebai
Executive
Executive
terebai


Male
Posts : 940
Age : 38
Location : bintulu
Status : single
Joined : 2009-02-27

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Jun 25, 2009 10:20 am

mak cik yang kesunyian
Back to top Go down
Spawn
General Manager
General Manager
Spawn


Male
Posts : 3836
Age : 39
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Jul 02, 2009 11:17 am

terebai wrote:
mak cik yang kesunyian

jadi hiburkan la beliau .......hehhehehe,kaya tu terebai,kalau jadik sugar mummy ni..........hehehehe
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
zam
VVIP
VVIP
zam


Posts : 2302
Joined : 2008-06-20

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeThu Jul 02, 2009 11:19 am

~sunyii...tenggelam... terlantar dalam telanjang~

eleh spawn suh terebai lak..ko xleh ke?
Back to top Go down
https://tgpl.forumotion.com
apai_chey
Technical Manager
Technical Manager
apai_chey


Male
Posts : 3659
Age : 41
Location : PCI bus 0, device 20, function 2
Status : Unknown Device
Joined : 2008-11-25

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeFri Jul 03, 2009 12:13 pm

ish ish spawn nih... nak tuh cakap jer... orang lain x melarang... tolong naikkan masjid lagi suka.. hehe
Back to top Go down
http://www.telatah.com
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeSat Jul 04, 2009 1:29 am

ermmmm
Back to top Go down
mfarishlando
Marketing Exec.
Marketing Exec.
mfarishlando


Male
Posts : 5334
Age : 44
Location : malacca
Status : married
Joined : 2009-08-01

Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitimeSun Aug 23, 2009 4:39 pm

Soh mk cik ubah sket pnmpilan dia lg nmpak ayu....zaman kebaya tu da lama dah...kisah tu patut jd tauladan dia sndiri...tuhan kalu nk tarik rahmat dia ,bila2 je...
Back to top Go down
Sponsored content





Bekas Ratu Kebaya Empty
PostSubject: Re: Bekas Ratu Kebaya   Bekas Ratu Kebaya I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Bekas Ratu Kebaya
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» Hantu Lebuh Raya
» Jue Bekas Awek Jihan..
» miss phuket
» Bekas kekasih Ronaldo diusir
» Jari bekas model dipotong

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Personaliti-
Jump to: